HIBURAN
Anzalna Nasir Tegas Tak Akan Tinggalkan Anak Dengan Pembantu Rumah, Sanggup Bawa Ikut Pergi Kerja - “Biarlah Orang Nak Cakap Apa”
Pelakon Anzalna Nasir menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan pembantu rumah, walaupun sibuk dengan kerja atau jika keluarganya tidak dapat menjaga mereka.
Tak percaya pada orang luar
Bagi Anzalna, 38, anak-anak adalah keutamaan nombor satu dalam hidupnya dan lebih rela membawa anak-anak bersamanya ke tempat kerja sekiranya tiada sesiapa yang boleh menjaga mereka.
“If my family tak available to look after my kids, I’ll take them with me to work. No matter what job I have, I will never leave my kids with a helper. NEVER!
“My kids are my priority, and I will never leave them with someone I don’t trust,” tegasnya.
Sanggup tolak tawaran kerja
Pelakon drama hits Memori Cinta Suraya itu juga mengakui tidak kisah berkorban demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya.
Malah, Anzalna juga sanggup menolak tawaran kerja bernilai tinggi jika anaknya tidak sihat kerana percaya bahawa duit boleh dicari, tetapi anak-anak adalah harta yang tidak ternilai.
“Penat memang penat, but knowing they’re safe with me is all that matters.
“I juga sanggup tolak job last minit walaupun bayaran tinggi kalau anak tak sihat, sebab duit boleh dicari,” kongsinya.
Tambahnya lagi, tiada siapa yang boleh memahami kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, dan dia akan menjaga amanah tersebut sebaik mungkin.
“Biarlah orang nak cakap apa, I yang lahirkan mereka, and my kids are the most precious gift in my life.
“I akan jaga amanah Allah ini sebaik mungkin selagi I hidup, InshaAllah,” tutupnya.
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Hanif Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016.
Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Must-Watch Video