Selepas tular entri lukisan yang dituduh menciplak daripada Internet, pelakon Anzalna sekali lagi membuktikan bakatnya melukis menerusi entri terbaharu di media sosialnya.

Baca: #KanDahTercakap: "I Pernah Menang Melukis Di Kanada" - Anzalna Geram Netizen Sangkal Bakatnya Melukis

Lukisan sejambak bunga merah dan ungu dalam sebuah pasu kaca berlatar belakangkan biru menarik perhatian netizen.

Anzalna turut menuliskan namanya pada bahagian bawah lukisan itu bagi membuktikan karya seni itu milik asalnya.

Namun, lebih menghiburkan apabila Anzalna seolah-olah memerli tindakan netizen yang meragui bakat seninya itu.

"Jangan cakap sis curi painting orang lain sebab I dah letak nama kat tepi tu.

"Nasib baik I tak cop tapak kaki sekali! Ehhh perlu ke buat semua ni!" tulisnya berserta tanda pagar #AnzalnaDaVinci.

Jangan cakap sis curi painting orang lain sebab i dah letak nama kat tepi tu. Nasib baik i tak cop tapak kaki sekali!? Ehhh perlu ke buat semua ni!!! Hahahahhahhhaha #FunPainting #AnzalnaDaVinci #MalasNakBuatVideoMukaBurukWaktuFocusPainting #TangansampaiKeSikuKotorSebabSisBukanPelukisPro

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Lukisan Anzalna itu rata-ratanya mendapat pujian peminat dan menyifatkan pelakon itu punyai bakat melukis yang hebat.

"Ada bakat melukis upanya awak ye anzalna..bagus sgt tu..boleh pergi jauh tu bakat mahal..tahniah Anzalna," tulis @rositasupar.

"Berbakat betul lah sis ni," puji @sarramones.

"Cantiknya sis Anzalna lukis. Kalau for sale memang saya akan beli," kata @annallinda.

Anzalna sebelum ini dituduh mencuri lukisan daripada Internet sehinggakan ada dalam kalangan netizen yang meminta pelakon drama bersiri Arluna itu untuk melukiskan semula.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @anzalnanasir88