Berita
Apa Akan Terjadi Jika Anda Buat Bising?
Bayangkan kehidupan yang sunyi sepi. Masing-masing tidak bercakap dan hanya meneruskan rutin seharian tanpa membuat bunyi bising.
Lebih mencabar, anda hidup dalam kawasan hutan. Namun, apa pula akan terjadi jika anda bercakap atau membuat sesuatu bunyi?
Jawapannya hanya boleh diketahui menerusi filem terbaru membawa genre thriller seram iaitu A QUIET PLACE
Plot mengisahkan satu keluarga yang tinggal di dalam sebuah rumah di satu kawasan terpencil di hutan.
Apa yang menghairankan, keluarga ini tidak bercakap dan hanya menggunakan bahasa isyarat meskipun ketika berada di meja makan.
Setiap langkah mereka berhati-hati sama ada ketika berada di dalam rumah mahupun berjalan di kawasan sekitar.
Mereka seolah takut pada sesuatu yang menghantui mereka selama ini.
Tidak kira kanak-kanak, siapa saja tidak terlepas membuat bunyi bising.
Kanak-kanak ketawa dan berlari riang ketika bermain di taman permainan sehingga ibu terpaksa menjerit memanggil mereka pulang.
Apabila malam tiba, suasana makan malam menjadi kecoh bila masing-masing bersembang dengan kuat.
Ada pula anak yang meragam sebab tak suka masakan ibu sehingga mengamuk di meja makan. Abang membuli adik sebab berebut tempat duduk.
Adik bongsu, bayi mula menangis sebab lambat diberi makanan.
Bagaimana pula situasi sekumpulan lelaki bersembang kuat di kedai kopi sama seperti aksi remaja ghairah bermain video di kafe siber.
Memang seronok apabila buat bising tapi tahukah anda jika ada raksasa mendengar bunyi tersebut? Ia akan datang menghampiri dan mengejar anda!
Ingin tahu lebih lanjut mengenai cerita ini, ketahui Rulesnya di sini.
Nak tau cara untuk Survive? Klik di sini.