Berita
“Apa Aku Dah Buat Ni?”- Demi Rizalman, Peminat Sanggup Bergadai Emas!
Pereka fesyen dan juri tetap Dansa Dan Sing, Datuk Rizalman Ibrahim terkejut dan terharu apabila mendapat tahu peminatnya sanggup untuk menggadaikan emas demi membeli tiket Konsert Kesuma Jiwa yang dianjurkannya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Rizalman memuat naik perbualan seorang peminat dari Pulau Pinang yang teringin hendak menonton konsertnya.
Peminat itu memberitahu jika masih ada tiket yang belum terjual, dia sanggup untuk membelinya.
“Cerita kesuma jiwa…Apa aku da buat ni kat hangpa?” tulisnya.
Menerusi entri yang sama Rizalman memuat anik rakaman videonya yang menangis kerana terharu dengan sambutan peminat.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut terharu dengan cerita peminatnya itu.
Konsert Kesuma Jiwa yang turut menampilkan penyanyi Dayang Nurfaizah dalam menggabungkan muzik dan fesyen bakal dipentaskan pada 20 Februari ini di Istana Budaya Kuala Lumpur.
Must-Watch Video