Penyanyi rap wanita Bunga memgumumnya dirinya berhenti seketika daripada laman sosial berikutan mahu memberi tumpuan pada pelajaran.

Menerusi laman sosial Instagram, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, membuat pengumuman itu pada Selasa.

“Hi Bunga here. Saya off socmed for few days, termasuk WhatsApp. Apa apa takyah cari. Kalau ada muncul tu, maksudnya ada lah saya. Sorry time to fokus for my study kejap,” tulisnya menerusi satu posting terakhir.

A post shared by Noor Ayu Fatini @ Bunga (@bungaisme)


Bunga merupakan penuntut diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan pentadbiran awam.

Hasil tinjauan Gempak, ramai wargamaya yang memberikan ucapan selamat maju jaya pada Bunga dalam pengajiannya.

Stay fokus k. See you in a few days. Yang penting, bismillah in everything you do,” pesan seorang wargamaya.

Bye Bunga, good luck, may Allah ease everything for you,” tulis seorang wargamaya.

Take care Bunga, chaiyok chaiyok, you can do this,” komen seorang wargamaya.

Fight for final week of the semester,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 15,000 tanda suka daripada pengikutnya.