Laman Utama
"Apa Cerita Ada Hospital 'Offer' Individu Pilih Vaksin?" - Michael Ang
Pengarah terkenal, Michael Ang akui keliru apabila ada hospital yang menawarkan individu memilih jenama vaksin yang diinginkan.
Menurut Michael, dia percaya bahawa pemberian vaksin hanya dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan proses temujanji diatur oleh pihak kerajaan.
"Okay, saya sangat keliru, vaksin hanya boleh dapat melalui MySejahtera kan? Bila dapat appoinment kerajaan akan bagi!
Advertisement
"Ini apa cerita hospital boleh offer individual vaksin jenama apa boleh ambil?
"Atau aku ketinggalan bas yang kita boleh beli atau potong que MySejahtera dan dapat dari pihak hospital tertentu.
"Kalau macam tu kenapa banyak orang complain tak dapat appoinment sejak bulan 2," tulisnya di Instagram.
Michael walaubagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci tentang 'individu' yang dimaksudkan menerima tawaran vaksin jenama tertentu dari pihak hospital itu.
Pada masa sama, Michael tidak menolak syarat penggantian slot vaksin individu yang gagal menghadiri temujanji kepada pendaftar lain yang lebih bersedia terutama pesakit kronik.
"Pasal last minit tu ada kosong boleh dapat, pesakit kronik tu saya tahu wujud.
"Tapi hospital boleh tawarkan pada orang tertentu tu pertama kali saya dengar.
"Kalau hospital boleh buat special appoinment saya rasa tak adil lah kepada yang menunggu lama, kalau last minit orang tak datang bagi dekat orang yang stand by tu saya faham juga sebab taknak bazir vaksin tu!" tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Michael meninggalkan respon berbeza, ada juga yang mengemukakan pendapat masing-masing.
Apapun, sebagai rakyat Malaysia, sama-sama kita jalankan tanggungjawab untuk mendapatkan vaksin COVID-19 agar dapat menghapuskan wabak ini di negara kita.
Bagi yang mempunyai penyakit atau alahan tertentu, anda boleh mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Must-Watch Video