Laman Utama
Apa Cerita Noor Nabila & Engku Emran?
Kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila tiba-tiba menjadi bualan ramai sejak semalam di forum hiburan dan Twitter.
Hal itu gara-gara dakwaan segelintir pihak yang mengaitkannya dengan bekas suami pelakon jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Engku Emran.
Bagaimanapun, Nabila tampil menyatakan tiada apa yang perlu diulas dalam tempoh ini.
"Buat masa sekarang tidak ada apa yang saya nak komen," katanya seperti memetik laporan Harian Metro pada Khamis.
Khabar angin mula bertiup menerusi sepotong video yang memaparkan Engku Emran menghadiri sesi ceramah agama di kediaman Nabila baru-baru ini.
Pada masa sama, Engku Emran turut dilihat menikmati makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah berakhir.
Hubungan pasangan itu menjadi tumpuan netizen apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.
Sementara itu, menerusi tinjauan di Instagram Nabila, hanya dia mengikuti akaun Engku Emran.
Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, hasil perkahwinan dengan Erra Fazira mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.
Gempak turut cuba menghubungi Nabila sejak Khamis namun tidak mendapat sebarang respon.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video