Selepas Amber, kini dua lagi anggota kumpulan K-Pop f(x) iaitu Luna dan Victoria mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensi mereka, SM Entertainment.

Berita mengenai keputusan Luna itu disahkan sendiri oleh SM Entertainment menerusi kenyataan rasmi baru-baru ini.

“Kontrak Amber dan Luna bersama SM Entertainment telah pun tamat,” tulis wakilnya ringkas.

Manakala Victoria pula mendedahkan perkara itu menerusi akaun media sosialnya, Weibo.

“Sudah hampir 10 tahun. Inilah pengakhirannya dan perjalanan yang baru akan bermula. Terima kasih SM untuk segala yang diberikan kepada saya selama 10 tahun ini,” tulisnya.

Terdahulu, f(x) yang dianggotai oleh Luna, Amber, Victoria, Krystal dan Sulli sudah pun bersama SM Entertainment sejak tahun 2009.

Bagaimanapun Sulli mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut pada Ogos 2015.