Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Apa Dosa Bayi Tu?” Netizen Speechless Bila Bayi Baru Lahir ‘Dibuang’ Dari Aras Tinggi Sebuah Kondominium

Firdaus
10/03/2024 03:55 MYT
“Kejam dan zalim,” itu luahan netizen selepas tular kejadian menyayat hati tentang seorang bayi baru lahir yang masih bertali pusat dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 2.30 petang.

BERITA TRENDING: "Ya Allah Kejamnya Kau Wahai Ibu" - Bayi Perempuan Dibuang Di Sawah Padi, Netizen Tawar Diri Jadi Keluarga…

"Bayi itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepala bagi malang itu pecah.

"Difahamkan bayi itu baru dilahirkan memandangkan masih mempunyai tali pusat.

"Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Hal itu mendapat pelbagai reaksi warganet di mana rata-ratanya meluahkan perasaan geram terhadap tindakan si pelaku yang disifatkan sebagai tidak berhati perut.

Antara komen yang diterima:

“Apa dosa bayi tu? Tak rasa sebak ke tengok muka anak, tak suka pun letak dekat baby hatch bukan campak buang,”

“Kalau tak nak bayi tu dah kenapa buat? Tiada asas pendidikan seks ke atau tiada otak dan hati?!,”

“Kalau tak nak anak tu kau letaklah tempat yang selamat setan! Perangai mengalahkan setan, ke tiada hati perut?”

“Kepala otak dia lah! S*al punya manusia!”

Sekadar info, si pelaku masih lagi belum diberkas dan pasukan polis sedang menyiasat lanjut kes tersebut.

Sumber: AWANI/Platform X

#Viral #Netizen #Bayi #Maut #Kejam #Buang #Ngeri #Kondominium
;