Laman Utama

Apa Itu 4IR? Ketahui Kelebihan Yang Dapat Dinikmati Dengan 4IR!

gempak
Fiza Kamarudin
03/08/2021
14:51 MYT
Sponsor Banner
Apa Itu 4IR? Ketahui Kelebihan Yang Dapat Dinikmati Dengan 4IR!
Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan yang inklusif, seimbang, bertanggungjawab dan mampan satu realiti menjelang 2030.
Antara kelebihan yang dapat dinikmati rakyat dengan dasar 4IR negara ini ialah:
1. Meningkatkan kualiti hidup dengan memanfaatkan kemajuan teknologi 2. Menguasai 4IR dalam semua sektor seperti teknologi, IT, pembangunan dan perniagaan 3. Menggunakan teknologi untuk mempertingkat pemeliharaan integriti ekologi
Kesemuanya akan dapat dicapai dengan bantuan dan garis panduan untuk melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR.
Seiring dengan perkembangan dan perubahan teknologi hari ini, 4IR juga akan mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital.
Rakyat dapat menikmati kemunculan teknologi baharu mengubah cara dunia beroperasi.
Dasar 4IR di Malaysia melibatkan 10 sektor iaitu pembuatan, pengangkutan dan logistik, penjagaan kesihatan, pendidikan, pertanian, utiliti, kewangan dan insurans, perkhidmatan profesional, saintifik dan teknikal, perdagangan borong dan runcit serta pelancongan.
Manakala enam lagi sektor sokongan bagi dasar itu antaranya pembinaan, harta tanah, perlombongan dan pengkuarian, perkhidmatan maklumat dan komunikasi, perkhidmatan keseniaan, hiburan dan rekreasi serta pentadbiran dan khidmat sokongan.
Ia juga telah dibangunkan menerusi libat urus bersama 25 kementerian, 51 agensi, kerajaan negeri dan sektor swasta.
Dasar 4IR Negara juga akan memberi faedah kepada rakyat, sektor perniagaan dan kerajaan. Fokus kerajaan juga adalah untuk meningkatkan kesedaran pentingnya rakyat menerima guna teknologi seiring perkembangan semasa yang turut berlaku di seluruh dunia.
Teknologi menerusi Dasar 4IR Negara juga mampu mewujudkan rakyat Malaysia yang mampu berdiri seiring dengan negara-negara yang banyak mencipta teknologi seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Eropah.
Dasar diperkenalkan kerajaan ini juga berpotensi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan menambah baik pendapatan, perpaduan masyarakat dan kecekapan, meningkatkan kemudahan dan keselamatan.
Ia turut memberi peluang untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Oleh itu, rakyat harus berani menerima perubahan dan generasi muda hari ini adalah pemacu untuk menggerakkan 4IR serta perlu sentiasa bersedia menguasai 4IR untuk memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan.
Maklumat lanjut mengenai 4IR, layari laman sesawang https://epu.gov.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live