Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Apa Kaitan Syiling Satu Sen Dengan 8 Oktober Depan? Teaser Baru Keluar, Ramai Dah Puji Gempak!

Mya Amri
27/09/2022 11:30 MYT
Satu tayangan trailer pendek yang dikongsi oleh pelakon terkenal, Syafiq Kyle dan Amerul Affendi menjadi bualan netizen.

Teaser pertama memaparkan syiling satu sen berpusing dangan latar belakang hitam melambangkan tanda misteri manakala teaser kedua pula merakamkan babak aksi tembak menembak yang sedang berlaku dalam sebuah premis.

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)


Walaupun hanya baru teaser yang ditayangkan namun netizen sudah mula memberikan komen positif terhadap naskhah tersebut dan rata-ratanya menyuarakan rasa kagum serta tidak sabar untuk menonton hasil karya tersebut.

“Hari itu macam ada ternampak waktu iklan GV, tapi tak tahu iklan apa. Now I know. Nampak gempak,” tulis @irzu09

“Woooooo that's padu!” komen @aidin_hashim1.0

A post shared by Amerul Affendi (@amerul_affendi)


Satu lagi perkara yang menjadi tanda tanya netizen adalah tanggal 8 Oktober 2022 yang turut disertakan dalam teaser berkenaan berserta tanda pagar di bahagian kapsyen hantaran tersebut iaitu #OneCentThief.

Apa-apa pun kita tunggu tanggal 8 Oktober depan ya.
#Syafiq Kyle #Amerul Affendi #Astro Originals #One Cent Thief #OCT #Astro Original Series