Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Apa Lah Agaknya Watak Akan Datang Zaf Ni”- Bila Remy Ishak Menari, Ramai Pula Tak Sabar…

Syafiqah Jalal
14/05/2022 08:03 MYT

Serius dan fokus, itu lah yang dilihat dalam satu video yang dikongsikan aktor Remy Ishak ketika dipercayai menjalani latihan tarian.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Remy dilihat sedang diberi tunjuk ajar oleh seorang guru tari.

Tidak memaklumkan apakah tujuan latihan tersebut, namun perkongsian berkenaan telah menarik minat pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi.

Ada yang bimbang kelembutan Remy dalam tarian menjejaskan sifat maskulinnya.

“Practice makes perfect. Jangan lembut sangat Remy ,ghisauuuu jadi kelepuk kelepuk raya kang,” komen salah seorang netizen.

Namun rata-rata daripada mereka memuji kesungguhan Remy serta tidak sabar untuk menanti apa pula buah tangan dari Remy yang kini popular dengaj watak Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.

“Look forward to what this will become,” teruja salah seorang peminatnya.

“Drama apa plak ni Remy,” tertanya-tanya salah seorang pengikutnya.

“Wah apa lah agaknya watak akan datang Zaf ni .. siap belajar menari gym pelbagai .. all the best” kata salah seorang netizen.

Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah yang menggandingkan Remy dan Amyra itu sedang disiarkan di Astro Ria.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

#Filem #Remy Ishak #Drama #Watak #Zafran #Jangan Menangis Cinta