Apa Lawak Sangat Video Raya Bocey Ni? Sempoi Habis – Lagu Raya Ciptaan Achey

Mya Amri
Jun 23, 2017 07:23 MYT
Anggota kumpulan Bocey, Achey telah menunjukkan kebolehan mencipta sebuah lagu raya terbaru khas buat peminat.
Lagu berjudul Raya Bocey itu telah dimuatnaik oleh Achey menerusi laman Youtube semalam sebelum dikongsi diakaun Instagramnya sebentar tadi.
“Raya Bocey. Artis: Bocey. Lirik: Achey. Komposer/Susunan Muzik: Jamie James. Studio: Puteristudios. Music Video: SarahShaber Productions,” tulisnya ringkas.
Achey juga turut menggunakan #bedezoop #rayabocey #bocey #laguraya #raya2017 #top #viralraya untuk menghebahkan lagu ciptaannya.
Menariknya, video berdurasi selama 4:14 minit itu merakamkan aksi dan gelagat lucu Fad, Achey dan Abam ketika menyanyikan lagu berkenaan sambil memakai baju Melayu.
Bagaimanapun, Abam tetap menjadi pilihan untuk 'dibuli' oleh Fad dan Achey.
Video tersebut menerima reaksi positif peminat dan rata-ratanya memuji suara ketiga-tiga pelawak itu.
Anis Mohd Rosli: Best! Tersayang sangat dengan mereka ni. Abam awat comel sangat?
Cimok Gemuk: Bocey aku saying korang. Selamat Hari Raya
Teks oleh: Mya Amri
#Bocey #Achey #Raya