Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Apa Masalah Kau? Kesian Anak Tu!” – Budak Kecil Dipakai Pendakap Gigi, Netizen Geram

Mya Amri
26/07/2022 22:07 MYT
Satu video tular merakamkan seorang budak kecil memakai pendakap di bahagian gigi bawahnya telah mengundang kemarahan netizen.

Ini kerana netizen berpendapat tindakan itu akan membahayakan pertumbuhan gigi kanak-kanak dan tidak masuk akal.

Netizen juga mendakwa kanak-kanak yang di dalam video yang viral di TikTok dari Indonesia itu seolah-olah kelihatan menahan sakit kerana tidak menutup mulut dan air liurnya meleleh.

Pada awalnya ramai yang menyangka ia sekadar sekadar filter namun tanggapan mereka salah kerana pendakap yang dipasang di gigi kanak-kanak itu ternyata benar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Sehingga kini video itu telah menerima lebih 8 juta tontonan.

#Viral #Indonesia #Tular #TikTok #Kanak-Kanak #Braces #Budak Kecil Pendakap Gigi #Pendakap Gigi #TikTok Indonesia