Kemunculan wanita yang difahamkan isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, iaitu Bella Astillah di Pejabat Agama seawal pukul 2.40 pagi mencetuskan tanda tanya ramai.

Menerusi perkongsian di akaun media sosial Melodi, pelakon wanita yang berbaju merah jambu dan berkerudung hitam yang mengenakan pelitup muka berada di kawasan terbabit sambil menggunakan telefon bimbit ditemani rakannya yang dipercayai penyanyi Adira Suhaimi.

"Pelakon dan penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella?" tulis pengendali akaun berkenaan.

Meninjau ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya dan membuat pelbagai spekulasi berhubung keberadaan Bella di sana.

Selain mahukan penjelasan atas perkara yang berlaku, peminat setia pelakon itu turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sumber: Melodi