Laman Utama
Apa Perlu Buat Kalau Duit Kertas Lunyai Kena Makan Anai-Anai?
Kisah yang berlaku kepada seorang warga emas yang luluh hati melihat wang simpanan bernilai RM30,000 musnah dimakan anai-anai menarik simpati orang ramai.
Lebih mendukacitakan wang kertas yang disimpan di dalam sebuah kotak untuk menunaikan haji pada tahun hadapan itu hampir kesemuanya rosak.
Bagaimanapun, korang sebenarnya masih boleh menyelamatkan wang simpanan yang telah dimakan anai-anai atau rosak dengan cara berikut seperti yang dikongsikan pemilik akaun Twitter Rahman Ismail (@RahmanIsmail_):
1. Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu.
2. Bawa duit tu ke Bank Negara Malaysia. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
3. Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.
Rahman juga berkongsi kriteria penilaian berdasarkan saiz wang kertas yang masih terselamat dari punyai nilai penuh, nilai separuh dan tiada nilai.
Sekiranya jarak Bank Negara Malaysia jauh dari lokasi korang, boleh cuba bawa ke bank berdekatan ataupun cawangan BNM.
Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti:
- duit terbakar
- terkoyak
- berlubang
- kotor/lusuh
- kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
- dimakan anai-anai
- luntur warna
- cacat
- hilang ciri-ciri keselamatan dan banyak lagi.
Semoga kisah yang berlaku ini dijadikan pengajaran kepada kita untuk menyimpan wang kertas di tempat yang sepatutnya.