Kenangan, jika diabadikan akan menjadi kenangan paling indah. Di zaman serba moden ini, merakam kenangan telah menjadi lebih mudah dengan telefon pintar sama ada dalam bentuk foto atau pun video.

Baru-baru ini, rangkaian terbaharu telefon pintar vivo siri X70 melancarkan kempen ‘Memories of Life’.

Kempen tersebut telah mendapat sokongan positif daripada pengguna seluruh dunia dan ini membuktikan vivo telah menjadi sebahagian daripada hidup pengguna masa kini.

Banyak video menarik telah dihantar dan antara yang menarik adalah dari Malaysia, Taiwan dan Thailand.

Lima video pendek kenangan telah terpilih bertemakan Love (Cinta), Care (Kasih Sayang), Hope (Harapan), Dream (Impian) dan Joy (Kegembiraan).

Kelima-lima video yang telah digabungkan membawa maksud yang sama, iaitu, teknologi penghubung kegembiraan buat semua, tidak kira siapa.

Tidak kira apa jua situasinya, walau sedang berdepan cabaran, kenangan bersama orang sekeliling perlulah diabadikan dan tidak sepatutnya dilupakan.

Cinta
Setiap hari ada kelahiran baru, membesar dan meningkat usia. Di setiap peringkat, kita belajar pelbagai ilmu yang terdapat dalam dunia kita, termasuklah cinta.

Tetapi, apakah itu cinta? Adakah ia mengenai apa yang kita kongsi atau pergaulan kita? Ataupun sesuatu yang dekat di hati? Seperti yang ingin dikongsi dalam video ini, biar apapun maksudnya cinta kepada kita, akhirnya, nilai cinta ini ada di sekeliling kita.


Kasih sayang
Kita mempunyai amalan harian kita, melakukan perkara yang kita suka. Rutin harian kita mungkin sama, tetapi pasti ada perkara yang berlaku setiap hari.

Kerana kita ambil berat dan mempunyai kasih sayang, kasih sayang terhadap haiwan, kawan-kawan, keluarga tetapi apa yang lebih penting ialah terhadap diri sendiri.

Dalam video ini, kita dapat rasakan biarpun orang, bahasa dan latar belakang berbeza, setiap orang mempunyai kasih sayang tersendiri.


Harapan
Video ketiga ini bertajuk harapan. Maksud harapan berlainan untuk setiap orang. Adakah harapan itu untuk kerjaya mereka, impian yang ingin dicapai, ataupun mencari sesuatu yang kita berminat nak buat?

Apa yang membuatkan kita terus melangkah ialah apa yang kita cipta sekarang, lihat kembali masa silam dengan kegembiraan dan pandanglah ke hadapan dengan harapan baharu…


Impian
Semakin kita meningkat dewasa, pernahkah kita mempunyai impian untuk diri kita? Seperti mengembara, ataupun memiliki perkerjaan yang diidamkan atau menjadi seorang influencer atau seorang bintang? Setiap daripada kita pasti memiliki impian untuk hidup kita.

Impian sentiasa membawa kita menuju kearah apa yang kita impikan. Dengan kerja keras dan kesabaran, kita boleh mengubah impian menjadi kenyataan. Tunggu apa lagi, kejar impian anda!


Kegembiraan
Hari ini adalah hadiah. Setiap detik kehidupan adalah kegembiraan yang datang dalam pelbagai cara dan kita perlu menikmatinya. Jadi bagaimana kita mencari kegembiraan itu?

Ia sebenarnya, perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan kita - Keluar bersama rakan-rakan, luangkan masa dengan keluarga atau melakukan sesuatu yang kita suka, semuanya momen kegembiraan yang akan menjadi kenangan selamanya.


Abadikan kenangan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia terus kekal dalam ingatan.

Saksikan sendiri bagaimana vivo menjadi saksi kepada memori terindah, detik-detik suka duka, kisah gembira dan sedih kita semua.

Ketahuilah bahawa disaat kita kesedihan atau jatuh, video-video kenangan inilah yang akan membangkitkan kita semula.

Ciri eksklusif ‘Gaya Potret ZEISS’
Siri vivo X70 menggabungkan ciri pengimejan terkemuka di dalam dan di luarnya, menghasilkan pengalaman fotografi intuitif yang membolehkan pengguna merakam video atau menangkap gambar yang kelihatan semula jadi.

Siri vivo X70 yang mempunyai lensa yang diperakui sesuai dengan selaput ZEISS T* Coating juga membantu mengurangkan pantulan dan meningkatkan penghantaran cahaya untuk mengurangkan bayangan, cahaya sesat dan artifak gambar lain yang tidak berguna, bagi gambar dan video yang kelihatan menakjubkan.

Untuk spesifikasi kamera, seluruh barisan X70 memiliki kamera hadapan 32MP; X70 Pro memiliki susunan empat kamera belakang (50MP + 12MP+ 12MP + 8MP), dan X70 pula memiliki sistem tiga kamera belakang (40MP + 12MP + 12MP).

Selain bokeh berputar Bokar Portait Style yang diraikan oleh jurugambar di seluruh dunia, vivo telah melengkapkan tiga ciri Gaya Potret ZEISS yang mengagumkan – diilhamkan oleh lensa klasik ikonik Distagon, Planar dan Sonna.

Gimbal Stabiliser untuk memudahkan proses framing dan menstabilkan rakaman
Kedua-dua varian X70 Pro dan X70 memiliki Gimbal Kamera Ultra-Pengesanan, yang ditambah dengan teknologi Penstabil Gimbal 3.0 untuk pengguna menangkap gambar atau video yang stabil apabila di dalam pergerakan dinamik.

Sebagai pelengkapan kepada keupayaan pengimejan kedua-dua telefon pintar ini, vivo telah menambah lagi pelbagai ciri fotografi dan videografi berbilang-modal – iaitu Real Night Time Extreme Night, Super Night Video, Pure Night View, Pro Cinematic Mode dan banyak lagi yang khas untuk pengguna memanfaatkan kebolehan dan meneroka pelbagai estetika visual baru.

Prestasi Tertinggi
Kedua-dua Vivo X70 Pro dan X70 menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200-vivo yang memberikan prestasi CPU dan GPU yang padu. Pemproses cekap-tenaga bersepadu ini membolehkan pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya sambungan 5G setiap hari, manakala LPDDR4X dan UFS 3.1 juga membantu menyediakan pelaksanaan penyimpanan yang pantas.

X70 Pro dan X70 masing-masing dilengkapi dengan bateri 4,450 mAh (TYP) dan 4,400 mAh (TYP), dan disekalikan bersama pengecas piawai vivo yang menyokong teknologi FlashCharge 44W untuk prestasi jangka panjang.

Peranti X70 Pro dan X70 dilengkapi dengan paparan 6.56-inci yang mampu mencapai kadar penyegaran 120Hz dan kadar respon 240Hz untuk menatal dan melihat dengan lancar. Siri vivo X70 boleh didapati dalam warna Cosmic Black atau Aurora Dawn.

Untuk ketahui bagaimana vivo memudahkan kehidupan pengguna dan sentiasa menjadi peneman setiap masa, serta memberikan kepuasan kepada pengalaman penggambaran mudah alih dengan inovasi baharu telefon pintar siri X70, layarilah laman sosial Facebook rasmi vivo Malaysia (https://www.facebook.com/vivoMalaysia/).