Sepotong video usahawan kosmetik popular Nur Sajat yang sedang menangis sambil menunjukkan tangan bergari tular di media sosial sejak Rabu.

Sajat difahamkan merakam video terbabit ketika sesi siaran langsung Instagramnya baru-baru ini.

Kemudian, sesi siaran langsung itu dirakamkan semula menerusi tangkapan skrin video dan dimuatnaik di akaun TikTok seorang pengguna.

Dalam video yang dirakamkan oleh pemilik akaun TikTok @rudyaj01 Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat berbaju biru dan bercermin mata sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang individu di sisinya.
@rudyaj01

#GreenScreenScan sajat d gari ????

♬ original sound - ?

Punca pelantun lagu Bobo Dimana itu berkongsi video tersebut dan tangannya bergari belum dapat dipastikan.

Kali terakhir Sajat mengemas kini akaun Instagramnya pada dua hari lalu.