Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Zulaikha Yusof 26/08/2020 | 23:24 MYT
Balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh.
Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.
"Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
"Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak," katanya lagi.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.
Sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.
BACA: Ali Puteh Balas Saman Bekas Kakak Ipar – Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan & RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami
#Ali Puteh #saman #Hidayah
;