"Apa Salah Akak?" - Noorkhiriah Terkejut Ada Pengguna IG Mesej Ugut Nak Santau

Amri Hassan
November 12, 2020 10:20 MYT
Selepas Syafie Naswip, pelakon Noorkhiriah pula mendedahkan menerima ugutan menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagramnya.
BACA: "Undang-Undang Allah Ada, Tapi Kita Ikut Jugalah Ikut Undang-Undang Negara," - Diugut, Syafie Naswip Buat Laporan Polis
BACA: "Kena Kecam Teruk Kerana Orang Ingat Saya Ugut Artis & Mainkan Nama Tuhan" - Instafamous Turut Buat Laporan Polis
Kata Noorkhiriah, dia tidak mengenali pengguna terbabit namun telah merakamkan foto yang dimuatnaik di ruangan Instagram Stories pemiliknya untuk tindakan lanjut.
"Apa salah akak? Akak tak kenal kau dik. Tapi akak boleh tertengok IG Story kau tadi.
"Sempatlah akak snap gambar kau dik. Dengan artis famous tu. Tapi tak payahlah akak post kat sini. Akak simpan yer," tulis Noorkhiriah yang turut memetik akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Menerusi paparan skrin yang dimuatnaik di Instagramnya, pengguna terbabit mengugut untuk mengupah bomoh dan mahu menghantar santau kepada Noorkhiriah.
"Kau ingat ni, kau tunggu bila-bila masa. Aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ni bukan benda main-main aku serius," tulis pengguna itu.
​Bagaimanapun, posting terbabit telah dipadamkan oleh Noorkhiriah pada pagi Khamis.
Difahamkan, akaun terbabit merupakan akaun palsu yang sama digunakan untuk menghantar mesej ugutan kepada pelakon Syafie Naswip awal minggu ini.
Dalam kiriman mesej kepada Syafie, pelakon itu mendedahkan dia diugut pengguna terbabit untuk membomohkan atau menghantar santau kepadanya.
#Instagram #noorkhiriah #Santau