Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

"Apa Salah Dia?” - Video Abang Food Delivery Ditendang & Dipukul Cetus Kemarahan!

article-author-avatar
Hanafis Haris 07/08/2020 | 08:23 MYT
Apa Salah Dia?” - Video Abang Food Delivery Ditendang & Dipukul Cetus Kemarahan!

Seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan menerima nasib malang apabila dia dipukul dan ditendang oleh pelanggannya.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku semalam pada jam 11 pagi di sebuah kediaman di Perai Pulau Pinang.

Malah, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden tersebut kini viral di media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 17 saat itu, pekerja tersebut yang tiba di hadapan rumah untuk menghantar makanan secara tiba-tiba dimarahi oleh pemilik rumah berkenaan.

Malah, lelaki tersebut turut menendang di bahagian kaki serta menumbuk ke arah muka pekerja itu.

Susulan kejadian berkenaan, pekerja terbabit terus membuat laporan polis.

Sementara itu menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata orang ramai kecewa masih ada individu yang berperangai sebegitu.

Kebanyakan mereka juga berterima kasih kepada jiran di kawasan berkenaan yang berkongsi rakaman CCTV.

Anda boleh lihat rakaman yang viral di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Pukul #“FoodPanda”