Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gaya Hidup

“Apa Salah Hospital Kerajaan? Teruk Sangat Ke?” – Netizen Persoal Pilihan Hospital, Ini Jawapan Padu Dr Say

Mya Amri 14/07/2019 | 08:52 MYT
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril berharap tidak ada pihak memandang rendah terhadap kepakaran dan kredibiliti hospital kerajaan.
Dr. Say menyuarakan perkara itu selepas tindakan memilih hospital kerajaan untuk merawat penyakit anaknya dipersoal netizen.
Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin memuat naik coretan itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya dengan topik ‘Apa Salah Hospital Kerajaan’.
“Topik: Apa Salah Hospital Kerajaan? Baby saya masuk wad sejak Selasa for acute bronchiolitis (jangkitan virus di paru2).
“Ramai yang dm saya bertanya "Kenapa gi hospital kerajaan, nape tak pergi private?". Saya tanya balik "Apa salahnya hospital kerajaan, teruk sangat ke?".
“Tak dinafikan baby saya masuk wad setelah 18 jam menunggu di kecemasan tapi adakah semata-mata sebab long waiting time ni menyebabkan hospital kerajaan mendapat reputasi sebegini? Cukup tidak adil.
“Nak kata "tak suka doktor latihan (houseman) datang tanya soalan banyak-banyak dan cucuk anak banyak kali…”
“Well semua pakar kat luar sana was once a doktor latihan dan kalau kita tak bagi mereka peluang tuk tanya soalan banyak-banyak, tuk cucuk anak kita, masa depan nanti takkan ada pakar-pakar.
“Nak kata "misi-misi hospital kerajaan kasar dan garang-garang…" Well mesti ada sebab misi jadi gitu dan sebabnya sila amik cermin tengok diri sendiri coz manusia ni simple.
“Kita tak akan kasar dan garang-garang kecuali kita berurusan dengan orang yang bebal. Jika anda bebal maka bebal lah layanan yang akan anda terima tapi jika anda baik nescaya manis semua misi-misi ni.
“Baby saya pada awalnya diletakkan di wad biasa dan tiba-tiba satu hari kesihatan dia merudum yang mana dia memerlukan oxygen yang kuat dan nebulization setiap jam maka dia dipindahkan ke wad kritikal.
“Sekiranya saya masuk hospital swasta kemungkinan besar mereka akan transfer baby saya ke hospital lain dan pertukaran memakan masa dan melambatkan rawatan.
“Atas sebab ini saya teramat bersyukur saya pilih hospital kerajaan kerana selalunya kemudahan hospital kerajaan lengkap.
“Saya tak cakap yang hospital swasta tak baguih tapi apa yang saya cuba sampaikan hospital kerajaan sama ja kebagusannya maka jangan pandang remeh hospital kerajaan k peeps? Baby saya cakap "apalaa korang ni" sambil berkerut,” tulisnya.

Topik : Apa Salah Hospital Kerajaan? . Baby sy masuk wad sejak Selasa for acute bronchiolitis (jangkitan virus di paru2). Rmi yg dm sy bertanye "Knape gi hosp kerajaan, nape xgi private?". Sy tny balik "Ape salahnye hospital kerajaan, teruk sgt ke?". Xdinafikan baby sy masuk wad stlh 18jam menunggu di kecemasan tp adakah semata2 sb long waiting time ni menyebabkan hosp kerajaan mendpt reputasi sebegini? Cukup tidak adil. . Nak kate "xsuke doktor latihan (houseman) dtg tny soalan bnyk2 & cucuk anak bnyk2 kali", well semua pakar kt luar sana was once a doktor latihan & kalau kite xbg mrk peluang tuk tny soalan bnyk2, tuk cucuk anak kite, mase dpan nnt xkn ade pakar2. Nak kate "misi2 hosp kerajaan kasar & garang2" well mesti ade sebab misi jadi gtu & sebabnye sila amik cermin tengok diri sendiri cz manusia ni simple, kita xkn kasar & garang2 kecuali kite berurusan dgn org yg bebal. Jika anda bebal maka bebal lah layanan yg akan anda terima tp jika anda baik nescaya manis semua misi2 ni. . Baby sy pd awalnya diletakkan di wad biasa & tiba2 satu hari kesihatan dia merudum yg mana dia memerlukan oxygen yg kuat & nebulization setiap jam maka dia dipindahkan ke wad kritikal. Sekirany sy masuk hosp swasta kemungkinan besar mrk akan transfer baby sy ke hospital lain & pertukaran memakan masa + melambatkan rawatan. Atas sb ni sy teramat bersyukur sy pilih hosp kerajaan krn slaluny kemudahan hosp kerajaan lengkap. Sy xckp yg hosp swasta xbaguih tp apa yg sy cuba sampaikan hosp kerajaan sama ja kebagusannya maka jgn pndng remeh hosp kerajaan k peeps? Baby sy ckp "apalaa korg ni" sambil berkerut.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Perkongsian Dr. Say itu telah mendapat pelbagai reaksi pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pendapatnya selain menceritakan pengalaman mereka ketika dirawat di hospital kerajaan.
Terdahulu, Dr.Say dan isterinya, Dr Azura Abas telah berkahwin sejak 30 Mac 2014 selepas lima tahun berkenalan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei lalu.
#Pengacara #Dr.Say
;