Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Apa Salahnya Kalau Artis Membantu Sama Mempromosi Hasil Lakonannya Secara Percuma .." – Shahrulezad Beri Respon Kepada Sharifah Sakinah

Zulaikha Yusof 11/07/2019 | 03:34 MYT
Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin berpendapat tidak salah untuk pelakon membantu sama dalam mempromosikan hasil lakonannya secara percuma.
Menurut Shahrulezad, populariti dan kejayaan yang diperoleh pelakon sekarang adalah disebabkan televisyen.
"Kalau tanya abam apa salahnya kalau artis membantu sama mempromosi hasil lakonannya secara percuma.
"Artis yang ada follower yang ramai kena ingat tanpa TV mungkin anda tidak akan sepopular sekarang.
"Jangan pandang kat mana anda berada sekarang, cuba anda throwback zaman masa anda tak ada siapa yang kenal dan tengah terkial-kial mencari peluang berlakon di stesen.
"So jasa TV terhadap kejayaan anda mengumpul follower atau populariti tidak wajar dipandang remeh.
"Artis bukan lahir je dalam industri terus dengan populariti yang mencanak.
"TV juga memainkan peranan dalam kejayaan karier anda sekarang. Kalau drama lakonan anda tinggi ratingnya hasil promosi percuma yang anda lakukan siapa yang untung kalau bukan artis itu sendiri.
"Follower juga makin bertambah begitu juga dengan peluang berlakon yang semakin mewah sebab anda tak berkira.
"So it's consider a win win situation sebenarnya. Ini sekadar pendapat abam je lah.
"Mungkin Kinah terlepas pandang tentang hal ini rasa abam,” tulis Shahrulezad.
Shahrulezad memberikan respon terhadap isu yang dibangkitkan oleh pelakon Sharifah Sakinah mengenai promosi yang dilakukan pelakon di laman sosial.
Shahrulezad turut mendedahkan sikap artis yang cepat lupa diri apabila nama sudah dikenali dengan pengikut di media sosial yang makin meningkat.
"Sama situasinya bila ada artis baru yang bertemu dengan abam, merayu rayu diberi peluang berlakon sebab dia tahu peluang itu sangat penting untuk dia.
"Tup tup bila dah diberi peluang, nama dah ada, follower dah makin mencanak.
"Bila production abam approach dia balik first perkataan yang keluar dari mulut dia ialah oh rate saya sekian sekian ribu. Take it or leave it.
"Manakala masa kau mula-mula nak berlakon dulu, wardrobe kau pun kau pinjam dengan aku sebab takde budget nak beli baju.
"Haaa kau rasa? Apa abam nak buat dengan artis lupa dia macam ni? Hehehehe," tulisnya.
Mengikut pemerhatian Gempak, pelakon Sharifah Sakinah turut meninggalkan komen di ruangan entri tersebut.
"Hilang pulak nombor telefon abang ijat. Seems like my last post create a lot of missunderstanding. So let me explain this in a quick point form.
"Kenapa manusia Instagram dibayar masuk tv tapi manusia tv tak dibayar masuk instagram. Ini about being fair," tulis Sakinah.
Shahrulezad tidak berdiam diri lalu membalas.
"DM mak nyah. Nanti mak repost," tulisnya.
Terdahulu, Sakinah meluahkan rasa kesal apabila stesen televisyen meminta pelakon untuk membuat promosi drama atau filem secara percuma di media sosial masing-masing.
Sedangkan kedua-dua platform iaitu televisyen dan media sosial adalah sumber rezeki mereka.
BACA: "Rasanya Gaji Untuk Job Berlakon Je Bukan Untuk Promo .." - Sharifah Sakinah

Kalau tanya abam. Apa salah nya kalau artis membantu sama mempromosi hasil lakonannya secara percuma. Artis yg ada follower yg ramai kena ingat tanpa TV mungkin anda tidak akan sepopular sekarang. Jangan pandang kat mana anda berada sekarang, cuba anda throwback zaman masa anda takder saper yg kenal dan tengah terkial kial mencari peluang berlakon di stesyen. So jasa TV terhadap kejayaan anda mengumpul follower atau popularity tidak wajar dipandang remeh. Artis bukan lahir jer dlm industri terus dengan popularity yg mencanak. TV juga melainkan peranan dalam kejayaan karier anda sekarang. Kalau drama lakonan anda tinggi ratingnya hasil promosi percuma yg anda lakukan siapa yg untung kalau bukan artis tu sendiri. Follower juga makin bertambah begitu juga dengan peluang berlakon yg semakin mewah sbb anda tak berkira. So it's consider a win win situation sebenarnya. Ini sekadar pendapat abam jer lah. Mungkin Kinah terlepas pandang tentang hal ni rasa abam. *Sama situasinya bila ada artis baru yg bertemu dgn abam, merayu rayu diberi peluang berlakon sebab dia tahu peluang tu sangat penting untuk dia. Tup tup bila dah diberi peluang. Nama dah ada. Follower dah makin mencanak. Bila production abam approach dia balik first perkataan yg keluar dari mulut dia ialah oh rate saya sekian sekian ribu. Take it or leave it. Manakala masa ko mula mula nak berlakon dulu. Wardrobe ko pun ko pinjam dgn aku sebab tak der budget nak beli baju. Haaaa... Ko ghaser? Apa abam nak buat dengan artis lupa diri macam ni? Hehehehe...

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

#Sharifah Sakinah #Shahrulezad
;