Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

“Apa Salahnya Ramai Tukang Masak Di Media Sosial?” – Cef Anis Nabilah Bangga Ramai Dah Mula Promote Masakan Melayu

Fiza Kamarudin 18/09/2020 | 02:16 MYT
Cef selebriti dan pengacara, Anis Nabilah tidak menjadikan kemunculan tukang masak ‘segera’ di laman sosial sebagai sesuatu yang negatif.
Sebaliknya kata Anis, kehadiran mereka memeriahkan lagi industri masakan, yang suatu ketika dahulu tidak dipandang.
“Saya bangga apabila ramai instafamous dan artis yang dah mula menunjukkan bakat masakan mereka yang kemudiannya berkongsi pula di laman sosial masing-masing.
“Bagi saya ia merupakan perkembangan yang baik bagi industri kulinari ini sendiri kerana secara tidak langsung telah mempromosikan masakan kita ke serata dunia.
“Iyalah media sosialkan semua orang boleh tengok. Bayangkan kalau kita masak rendang, satu dunia dah boleh tahu cara masak rendang. Itukan sesuatu yang baik dan positif,” katanya.
Cef Anis Nabilah ditemui ketika majlis pelancaran buku resipi pertamanya ‘Comfort Dood Recipe Book’ dan demonstrasi masakan bersama Thermomix di Hotel Eastin, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Mengulas mengenai buku resipinya itu, Anis berkata dia mengambil masa untuk menyiapkannya kerana melakukan penambahbaikan terhadap 25 resipi yang dipilih.
“Bukan mudah untuk menulis sebenarnya. Saya pula mengambil sedikit masa untuk menyiapkan buku resipi ini kerana selain ia merupakan air tangan sulung, saya juga membuat penambahbaikan untuk kesemua 25 resipi dalam buku saya.
“Contohnya macam rendang daging resipi turun temurun keluarga saya…Saya ‘upgradelah’ sikit supaya ia menjadi lebih sedap dan berbaloi untuk pembeli buku resipi saya,” katanya.
Dalam pada itu, Anis turut meluahkan rasa syukur kerana dipilih untuk menjalin kerjasama dengan Thermomix.
“Alhamdulillah, saya sendiri pun tak sangka pertemuan ketika menghadiri sebuah majlis anjuran Thermomix dulu membawa saya masuk ke dalam keluarga mereka.
“Jujur, saya sendiri memiliki dua buah Thermomix TM6 di rumah kerana ia memudahkan kerja saya. Thermomix ini juga digunakan oleh ramai cef terkemuka seluruh dunia dan diletakkan di restoran-restoran mereka untuk menghasilkan sos dan paste buatan sendiri.
“Thermomix ini macam mesin ajaiblah sebab selain memasak ia juga mampu mengisar, mengukus, memotong, menguli, menimbang dan banyak lagilah,” katanya yang tidak teragak-agak menerima tawaran bekerjasama daripada Thermomix ini.
Selain Anis Nabilah, Thermomix turut menjadi pilihan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
#Thermomix #Buku Resipi #Cef Anis Nabilah
;