BIG STAGE 2020

“Apa Salahnya Saya Rap” - Dapat Lagu Peluang Kedua, Usop Nak Menyanyi Bahagian MK K-Clique?

Azwa Rahman 02/10/2020 | 03:22 MYT

Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop akan mengambil nasihat para juri untuk ‘mengusopkan’ lagu yang bakal dipersembahkan pada konsert akhir BS2020 Ahad ini.

Untuk pusingan terakhir yang bakal menentukan juara, Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor menerima lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dan lagu popular kumpulan Dewa 19, Arjuna.

“Insya-Allah saya akan jadikan lagu ini macam lagu saya sendiri. Orang lelaki yang pernah bawa lagu ni pun Hael Husaini. Jadi, nantikan.

“Bahagian rap MK K-Clique tu rahsia la, mana boleh beritahu lagi. Tapi apa salahnya saya rap? Tunggu,” ujar Usop kepada Gempak.

Usop ditemui semasa majlis sidang media konsert separuh akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.
Tambah penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah ini lagi, dia tidak mahu terlalu memikirkan kedudukan juara dan hanya fokus untuk memberikan persembahan terbaik.
“Rezeki kita tak tahu, apa yang boleh kita buat, berjanji pada diri sendiri untuk buat yang terbaik. Nak puaskan hati semua orang tu, saya ni manusia biasa. Kadang di atas dan kadang di bawah.

“Permulaan konsert saya dapat pujian menggunung pun, sumpah buat saya tertekan sangat. Ni dah sampai konsert akhir, saya taknak fikir apa dah.

“Kalah menang belakang cerita, saya nak buat sehabis baik untuk buktikan pada orang ramai yang menonton,” jelas Usop lagi.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
#Nabila Razali #Usop #Big Stage 2020