Hiburan

"Apa Salahnya Untuk Berkongsi Sebab Dia Pun Nak Hidup .." - Sering Dikecam Netizen, Ruhainies Tampil 'Back Up' Risteena

gempak
Zulaikha Yusof
04/02/2020
09:58 MYT
Sponsor Banner
"Apa Salahnya Untuk Berkongsi Sebab Dia Pun Nak Hidup .." - Sering Dikecam Netizen, Ruhainies Tampil 'Back Up' Risteena
Pelakon Ruhainies akui turut terkena tempias akibat perkongsian hubungan mesra kakaknya, Nur Risteena bersama tunang, Isa Khan di media sosial.
Ruhainies bagaimanapun tidak peduli kerana tidak ingin bersikap sensitif dengan komen-komen yang dilemparkan itu.
"Secara tak langsung memang saya akan terkena kecaman sebab kami adik-beradik, tambahan pula hubungan kami berdua sangat rapat.
"Risteena tengah bahagia sekarang. Dia tak kisah pun kalau orang lain cakap pasal diri dia.
"Selama kena kecam tu pun, tak adalah Risteena mengadu. Kami sebagai artis tak bolehlah sensitif sangat, kena kental.
"Macam saya sendiri, kalau komen tu melampau dan buat saya tak suka, saya tak fikir panjang dan terus 'block'," katanya kepada Gempak.
Ruhainies ditemui ketika majlis tayangan filem M4M4 di Mm Cineplexes, e@Curve, Mutiara Damansara.
Tambah pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini, baru sekarang kakaknya berkongsi hal peribadi kepada umum.
"Kalau nak ikutkan, tahun ini merupakan tahun ketujuh Risteena terlibat dalam industri hiburan dan baru tahun ini dia dedahkan kekasih kepada umum.
"Jadi apa salahnya untuk berkongsi sebab dia pun nak hidup macam orang lain.
"Bila jadi hal seperti ini, saya sebagai adik sentiasa memberi sokongan kepadanya.
"Sebab bagi saya, tak kisah pun dia nak kongsi pasal pasangan, macam orang lain selalu buat.
"Walaupun artis kami tetap manusia biasa dan kami berdua pun nak juga merasai kebahagiaan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live