Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Apa Status Jantina Kedua-Dua Makhluk Ni?" - PU Syed Persoal 'Kebebasan' Sajat Dan Teman Lelaki

ZULHILMI JALIL 19/08/2020 | 09:34 MYT
Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya mempersoalkan 'kebebasan' yang dimiliki usahawan kosmetik, Sajat yang dilihat seolah-olah semakin bertindak keterlaluan di media sosialnya.
Menurut PU Syed, lebih menghairankan apabila tiada tindakan diambil ke atasnya daripada pihak berwajib biarpun apa yang dilakukan usahawan tersebut jelas bertentangan dengan agama.
"Persoalan demi persoalan dalam benak fikiran ni. Apa status jantina kedua-dua makhluk ni.
"Bebasnya mereka berkongsi gambar-gambar tak senonoh macam ini, tak ada langsung tindakan ke? Sampai bila nak biarkan mereka macam ni?
"Bodoh boleh diajar, tapi membodohkan diri tentang halal dan haram satu yang sangat hina dan kurang ajar!," tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Assalamualaikum Persoalan demi persoalan dlm benak fikiran ni 1. Apa status jantina kedua makhluk ni 2. Bebasnya mereka up gambar² tak senonoh mcm ni, takde langsung tindakkan kah!? 3. Sampai bila nak biarkan mereka mcm ni! Bodoh boleh diajar. Tp membodohkan diri ttg halal dan haram satu yg sgt hina dan kurang ajar!! Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Dalam posting tersebut PU Syed turut memuat naik paparan gambar kemesraan antara Sajat dan teman lelakinya yang merupakan warga Lubnan yang dikenali sebagai Jadooss.
Lebih menjadi tanya tanya, menurut PU Syed, golongan seperti Sajat seolah-olah 'kebal' daripada dikenakan tindakan.
"Bila terviral kisah anak murid dan air ketum tu terus jadi kes polis. Ambe viral kes Sajat dan gengnya, sapa sudoh (sampai ke hari ini)..sepi," tulisnya.
Bahkan, menurutnya lagi, dia kini sudah merujuk dan mendapatkan pandangan pakar perundangan berhubung hal tersebut.
"Saya ada ajukan pandangan saya tentang geng LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) pada rakan-rakan, minta pandangan dan salah satunya adalah isu paknyah paling dikenali di Malaysia ini.
"Lagu mana nak dakwa kerana dia seolah-olah bebas nak buat apa yang dia suka di media sosial dan di bumi Malaysia ini. Saya juga ada merujuk pada pakar perundangan tentang isu ini, tunggu hasilnya," katanya.

Doakan

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Sebelum ini, Sajat juga pernah mencetuskan kemarahan umum apabila berkongsi gambar dan video yang disifatkan keterlaluan.
BACA: Dakwa Sajat Melampau, PU Syed Minta Jakim & PDRM Ambil Tindakan!
Bahkan, sebelum ini, usahawan tersebut juga pernah dikatakan sengaja mempermain-mainkan agama.
BACA: Netizen Lancar Petisyen 'Boikot Sajat Kerana Kerana Permainkan Agama Di Tanah Suci Mekah & Madinah’
Pada masa sama, sejak akhir-akhir ini selain Sajat, beberapa individu dalam kalangan usahawan juga dikatakan bertindak keterlaluan sehingga sanggup mengenepikan soal moral semata-mata mahu melariskan produk di media sosial.
BACA: "Berniaga Sampai Kena Goncang Buah Dada!" - Siti Sarah Menyampah Tengok Cara Tak Bermoral Peniaga Lariskan Produk
#Teman Lelaki #sajat #PU Syed
;