Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Apa Yang Berlaku Ini Adalah Atas Dirinya Sendiri, Berani Buat Berani Tanggung” - Bapa Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

Gempak
17/07/2024 14:34 MYT
"Siapa yang tidak sayang anak, pada saya tiada yang pelik mengenai perangainya.

"Saya tidak pernah didik dia yang bukan-bukan, apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung," kata bapa kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Harus tabah, takdir penentu segalanya

Petani berusia 64 tahun itu berkata, sebagai bapa, dia lebih mengenali anaknya yang disifatkan sebagai amat berdisiplin dan suka bergurau.

"Namun, saya kena tabah dan berbuat seperti tiada apa yang terjadi untuk terus berkerja.

"Takdir penentu segalanya, apa saya nak buat. Perkara sudah terjadi bukan di depan mata dan tidak boleh saya halang," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Ditanya mengenai keadaan menantu dan cucunya yang berusia lapan bulan, lelaki itu menegaskan mereka dalam keadaan baik.

"Saya difahamkan, malam tadi polis membawa anak saya ke rumahnya di Bukit Katil dan dia sempat membuat panggilan video kepada saya.

"Selain itu, polis juga memeriksa dan mengambil telefon bimbit isterinya untuk siasatan berkaitan termasuk mesej dihantar wanita itu (mangsa)," dakwanya.


Sudah melantik peguam

Katanya, keluarganya juga sudah melantik peguam bagi mewakili anaknya dalam siasatan dan perbicaraan kes itu kelak.

Mengenai hubungan dengan anaknya, dia berkata, anak kelapan daripada 10 beradik itu mempunyai minat sama dengannya berkebun dan difahamkan, anaknya itu juga aktif berkebun di balai tempatnya bekerja di Perak.

"Dia (anak) merayau ke merata tempat termasuk di kampung Orang Asli dan membelikan saya benih anak pokok pisang.

"Jika bercuti pula, laman rumah kami akan bersih dan dia akan memarahi adik-beradik jika melihat sampah atau barangan bersepah di persekitaran rumah," katanya yang turut memaklumkan suspek rapat dengan arwah isterinya yang meninggal dunia pada Ramadan lalu.

BERITA TRENDING: Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

BERITA TRENDING: PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

BERITA TRENDING: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

BERITA TRENDING: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

BERITA TRENDING: "Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

BERITA TRENDING: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Kelmarin, media melaporkan Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan pada 10 Julai lalu, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, kira-kira 6 petang dipercayai akibat dibunuh individu dikenali mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: HARIAN METRO

#Meninggal Dunia #Kes Bunuh #Bapa #Nur Farah Kartini #Bapa Suspek