Berita
"Apa Yang Korang Tak Puas Hati Dengan Saya?" - Aliff Syukri Kecewa Dengan Sikap Netizen
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewanya dengan sikap netizen yang sering mempertikaikan segala apa yang dilakukannya.
Menurut Aliff, adakalanya situasi itu menyebabkan dia tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan masyarakat di luar sana.
"Apa masalah korang? Saya berasa amat sedih sangat apa yang saya buat sering dan selalu dipertikaikan netizen. Sedangkan saya tidak kacau hidup orang pun.
"Sedangkan saya hanya duduk di @sugehhillresortjandabaik. Kadang kala gambar yang saya post itu adalah gambar-gambar yang lama," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Alif, dia sampaikan tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk menyenangkan hati orang di luar sana yang asyik mengkritik perbuatannya.
"Menyanyi salah, berniaga salah, berjalan salah, makan dengan anak-anak salah. Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan.
"Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang-kadang orang tidak faham masalah saya, hanya nampak kelemahan dan keburukan saya tetapi orang tidak nampak kebaikan saya," luahnya.
Aliff meluahkan hal tersebut selepas tindakannya berkongsi video dan foto yang berkunjung ke kediaman ibunya, Rozita Ibrahim ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat kecaman netizen.
Apapun, jangan lupa saksikan rancangan yang menampilkan Aliff Syukri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.