Laman Utama
“Apa Yang Korang Tengok Dalam 10 Tips Tipu Bini, Itulah Yang Bekas Suami Lakukan Kepada Saya Dulu!” - Vicha
Pelakon dan pelawak Vicha mengakui hampir kesemua tips yang digunakan dalam filem 10 Tips Tipu Bini berlaku dalam kehidupan sebenarnya.
Vicha berkata, tips-tips seperti tukar nama isteri kepada nama lain, berpakat dengan kawan untuk menipu isteri antara yang dilaluinya bersama bekas suami.
“Bukan nak buka aib sendiri atau mengungkit kisah lalu tetapi itulah yang berlaku dalam rumah tangga saya dahulu.
“Cerita tu memang macam ‘real life’ saya yang difilemkan. Memang pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat,” katanya positif.
Kata Vicha lagi, banyak mesej yang cuba disampaikan dalam filem arahan Azizi Chunk Adnan terutama kepada para isteri.
“Untuk wanita dan isteri di luar sana, kena tengok filem ni sebab 10 Tips Tipu Bini bukan nak mengajar suami-suami ni menipu.
“Tapi para wanita dan isteri kena waspada sebab, manalah tahu ada di antara tips ini ‘sedang’ digunakan suami tapi tak perasan kan?
“Sekurang-kurangnya kita sebagai isteri tahu ada udang disebalik batu, bolehlah kita selidik sebab sangat-sangat membantu ‘hint’ yang Datuk Awie bagi ni!”, katanya ketawa.
Selain itu Vicha turut berkongsi pengalaman memegang watak sebagai Aishah, isteri kepada Raffi (Ropie) yang garang tetapi sangat menyayangi suaminya.
“Aishah ni garang sebab dia sayang suami dan takut kalau-kalau suami ‘buat hal’ kat luar. Satu yang saya takkan lupa mengenai Aishah ialah, rambut dia yang ‘besar’.
“Bukan senang tau, rambut tu berat! Ada satu babak yang saya dan Ropie terpaksa buat berulang kali. Bayangkan dalam keadaan panas terik di tengah padang saya kena bertahan dengan rambut palsu tu.
“Sebelum shooting pun saya memang kena bersiap lama disebabkan rambut tu,” kongsi Vicha.
Dalam pada itu, Vicha sempat berpesan kepada para suami di luar sana supaya tidak mencuba atau belajar menipu bini.
“Lelaki-lelaki di luar sana, tak payahlah belajar-belajar nak tipu bini lebih-lebih lagi menggunakan agama. Kenapa saya cakap macam tu, kenalah tengok 10 Tips Tipu Bini.
“Lagi satu, kalau korang cuba menipu bini, kami para bini ni memang akan tahu juga lambat-laun. Isteri ada ‘radar’ pengesan penipuan,” seloroh Vicha.
Selain Vicha 10 Tips Tipu Bini turut menampilkan nama-nama hebat seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.
Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.
Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing.
Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri!.
Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘DUBUK LIAR’.
Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.
Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka.
Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing.
Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.
Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda, Astro First sekarang juga!
Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang!
Must-Watch Video