Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek Rashid pernah berpeluang menjalani latihan bersama jurulatih dari China Fang Kai Xiang pada 1988 dan 1989.

Menurut Rashid, peluang berlatih bersama Kai Xiang banyak mengajar erti kecekalan sebagai pemain.

Latihan keras setiap hari membantu prestasi pemain ketika itu dan pemain diarahkan datang ke sesi latihan biarpun mengalami kecederaan.

"Jika kami tercedera di sebelah kaki, kami akan melakukan latihan yang membabitkan tangan sahaja dan begitu juga sebaliknya.

"Mungkin ada yang akan bertanya, jika keempat-empat anggota cedera, apa yang akan dilakukan di sesi latihan?

"Jika ia diajukan kepada Kai Xiang, jawapannya mudah - hadir dan saksikan sesi latihan, dan bantu kawan di penghujung sesi andainya pertolongan dipinta," katanya.

Sekitar tahun 1990-an, orang ramai cukup mengenali anak-anak Sidek terutama sekali jaguh perseorangan, Rashid Sidek.

Dengan ketangkasannya menghayunkan raket, banyak kejayaan yang ditempa pemain itu namun kejayaannya dalam membantu menjulang Piala Thomas pada 1992 masih belum dapat dilupakan sehingga ke hari ini.

Zaman kegemilangan Rashid juga telah membawa beliau ke dunia lakonan, dan buat pertama kalinya berlakon menerusi filem Cinta 200 Ela pada tahun 2002.

Sungguh pun lakonan bukanlah karier utama, Rashid tetap memberikan komitmen terbaik dan mempelajari teknik asas lakonan daripada Khalid Salleh selama tiga bulan sebelum penggambaran dimulakan.

Dan yang terbaru Rashid muncul sebagai ‘cameo’ menerusi filem Olympic Dream arahan Don Hoe.

Olympic Dream kini sedang ditayangkan di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.

Menariknya filem ini, ia bukan sahaja memberi tumpuan kepada sukan badminton tetapi dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik yang mengajak penonton untuk menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian, di samping babak-babak mendebarkan ibarat menonton perlawanan sebenar.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran korang di AME? Klik banner ni okay!

Rujukan: BH Online & Wikipedia