Hiburan
“Apa Yang Penting, Darah Atau Pasport Indonesia?” - Anggun Bidas Kenyataan Agnes Monica
Penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa, Anggun membidas kenyataan Agnes Monica tentang isu penyanyi itu bukan berdarah Indonesia.
Menerusi laman sosial Twitter, Anggun atau nama sebenarnya Anggun Cipta Sasmi, 45, berkongsi satu kicauan yang memberikan nasihat tentang perkara yang dikatakan mengguris perasaan hati masyarakat Indonesia.
“Saya dibilang: Jangan mengaku orang Indonesia, kau itu orang Perancis. Dia dibilang: Malu sama negara ya sampai bilang tidak punya darah Indonesia sama sekali.
“Jadi apa yang penting, darah Indonesia atau passport Indonesia? Yang paling penting adalah belajar TIDAK MENGHAKIMI ORANG,” ujarnya menerusi satu kicauan berbentuk foto.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tanpa menyebut mana-mana pihak yang malu dilabel orang Indonesia, Anggun menggesa pengikutnya untuk tidak sesuka hati menjatuhkan hukum pada seseorang.
Hasil tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata pengikutnya memuji sikap penyanyi itu yang tetap merendah diri dan tidak melupakan negara asalnya walaupun telah mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Awal minggu ini, penyanyi Agnes Monica mengejutkan ramai apabila membuat kenyataan bahawa dirinya bukan berdarah Indonesia.
Wawancara yang diadakan bersama bersama Kevan Kenney menerusi rancangan YouTube Build Series NYC by Yahoo! itu mengundang pelbagai kecaman daripada banyak pihak.
BACA: "Saya Berketurunan Jerman, Jepun & Cina" - Netizen Terkejut Agnez Mo Tak Mengaku Berdarah Indonesia
Selain Anggun, ada beberapa selebriti lain seperti Dian Sastrowardoyo yang turut mengeluarkan kenyataan tentang isu cintakan tanahair.
Kicauan Anggun itu sehingga kini telah mencecah hampir 15,000 ulang kicau.