Gadis yang memilih melakukan 'work out' dengan mengangkat tong gas ini telah mencuri perhatian netizen.

Selain warganet kagum dengan kekuatan yang ada, namun terdapat segelintir orang kurang senang dengan video-video yang dikongsikan.

Ketika dihubungi Gempak, pemilik nama Nur Amira Roslin, 23, mendedahkan dia memarahi seorang individu kerana telah menggunakan video miliknya tanpa kebenaran dan dikongsikan di platform Instagram (IG).

"Saya marah sebab dia post video tu tanpa keizinan saya dekat Instagram (IG) peribadi macam itu hak dia. Dia siap bagi informasi untuk takutkan kaum wanita melakukan senaman.

"Dia siap bergelak ketawa dengan pengikut IG dia seolah-olah memperlekehkan apa yang saya buat.

"Kalau dia nak sebarkan informasi saya tak ada masalah, takkan kacau pun. Tapi tolong Google gambar lain bukan guna content saya.

"Apapun masalah itu dah selesai. Individu terbabit pun dah minta maaf dengan saya," katanya.Tambah Amira, senaman yang dilakukan itu dipantau oleh jurulatih kecergasan di samping mengikut cara yang betul.

"Saya pun ada jurulatih juga. Saya bukan main angkat ja tong gas tu. Saya rasa kalau orang tak pernah senaman dia pun takkan tetiba nak work out pakai tong gas.

"Mak saya okey ja dia tahu saya belajar pasal ni. Kalau saya buat video pun depan dia bukannya saya sorok," kata Amira.

Dalam pada itu, Amira yang juga seorang jurulatih kecergasan wanita menasihati agar bertanya dahulu sekiranya tidak tahu tentang senaman itu, bukan terus bertindak melulu.

"Nasihat saya tak banyak, kalau rasa tak tahu apa-apa bertanya lah jangan ikut apa yang ada dalam kepala saja. Bila orang berkongsi ilmu jangan sombong untuk terima.

"Kalau rasa apa yang saya buat ni tak sesuai untuk diri sendiri, jangan halang orang lain yang ada inisiatif nak buat.

"Apa yang saya buat bukan la angkat tong gas tapi work out," katanya menutup perbualan.