Hiburan

"Apa-Apa Jadi, Yang Lebih Teruk Dicemuh Adalah Perempuan" - Fynn Jamal

gempak
Badrul Hashim
03/09/2020
19:14 MYT
Sponsor Banner
"Apa-Apa Jadi, Yang Lebih Teruk Dicemuh Adalah Perempuan" - Fynn Jamal
Tidak tahu sama ada entri yang dinaikkan oleh Fynn Jamal di Instagram miliknya ada kena mengena dengan kisah anak perempuan kepada Nora Ariffin, tetapi ianya tetap satu pesanan dan ingatan buat kaum wanita.
Baca: "Saya Mengaku Itu Anak Saya" - Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang
Pada satu entri di Instagram miliknya, Fynn Jamal memberikan pendapat mengapa pesanan 'jaga diri' selalu diberikan kepada wanita.
"Kenapa pesanan 'jaga diri' itu lebih selalu ditonyoh pada muka perempuan? Sebab kalau apa-apa jadi, yang lebih teruk dicemuh adalah perempuan.
"Bunting - perempuan yang hadap kena jawab. Yang jantan entah ke mana hala. Bercumbu - perempuan yang tadah, kena seranah. Yang jantan terus je hidup selamba," tulis Fynn.
Menurut Fynn, pesanan untuk menjaga diri itu bukanlah satu sebab untuk menyalahkan perempuan tetapi kerana menyayangi perempuan.
“Jaga diri tu bukan sebab nak salahkan perempuan tapi sebab sayanglah kita berpesan. Apa-apa jadi nanti yang akan kena jawab seranah tu memang perempuan.
"Nak tunggu dunia ni adil memang beranganlah. Ni dunia kot. Kebenaran paling benar (kalau betul tak bersalahlah) adalah kat keabadian. So ke sana ajelah kita tujukan," tulis Fynn lagi.
Tambah Fynn lagi, sememangnya menjadi psikologi barat yang sentiasa mengingatkan ibu bapa supaya tidak menjadi toksik kepada anak-anak dan mendengar keluhan mereka dengan senyum lebar.
"Ikatlah anak-anak perempuan kita. Ya, memang saikoloji omputih kita dok berpesan pada parents jangan jadi toksik la, dengar dan senyum lebarlah. Tapi ah, sampai bila nak tipu diri sendiri.
"Asal namanya ada kawan baik selain kita, tak usahlah seratus peratus percaya. Ke mana-mana teman. Dia nak study group, buat kat rumah. Nak gi makan-makan kawan-kawan, ikut. Biarlah dia malu ada wali ke hulu hilir ikut dia dari kita malu nanti-nantinya.
"Jangan terlalu nak menang hati anak, kita biar anak kita tergelincir dari agama. Worse, dengan kita-kita tergelincir sama. Jaga diri, wahai anak-anak perempuanku. Jaga dari api," tulis Fynn lagi.
kenapa pesanan “jaga diri” itu lebih selalu ditonyoh pada muka perempuan? . sebab kalau apa2 jadik— yang lebih teruk dicemuh adalah perempuan. . bunting— perempuan yg hadap. kena jawab. . yg jantan entah ke mana hala. . bercumbu— perempuan yg tadah. kena seranah. . yg jantan terus je hidup selamba. . pesan “jaga diri” tu bukan sbb nak salahkan perempuan. tapi sbb sayang lah kita berpesan. apa2 jadi nanti— yg akan kena jawab seranah tu mmg perempuan. . nak tunggu dunia ni adil mmg berangan lah. ni dunia kot. kebenaran paling benar (kalau betul tak bersalah lah) adalah kat keabadian. . so ke sana ajelah kita tujukan. . ikatlah anak2 perempuan kita. ye. mmg saikoloji omputih kita dok berpesan pada parents jgn jadi toksik la, dengar dan senyum lebarlah. tapi ah. sampai bila nak tipu diri sendiri. . asal namanya ada kawan baik selain kita— tak usahlah seratus peratus percaya. ke mana2 teman. dia nak study group, buat kat rumah. nak gi makan2 kawan2, ikut. biarlah dia malu ada wali ke hulu hilir ikut dia dari kita malu nanti2nya. . jgn terlalu nak menang hati anak; kita biar anak kita tergelincir dari agama. worse— dgn kita2 tergelincir sama. . jaga diri, wahai anak2 perempuanku. jaga dari api.
A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on
Fynn Jamal atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin sebelum ini cukup terkenal dengan tulisan-tulisan dan lagu-lagu puisinya seperti Arjuna Beta yang dicipta istimewa untuk anak sulungnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live