UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Apabila Erma Fatima Jadi Pembantu Rumah Che Ta...Kelakarnya!

Asraf Aided 25/06/2019 | 13:22 MYT
Pengarah, penerbit dan pelakon Erma Fatima berkongsi sebuah video menghidangkan minuman buat aktres Rozita Che Wan (Che Ta).
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Erma bergurau mengatakan dia menjadi pembantu rumah Che Ta memandangkan pakaian yang dipakainya ketika itu hampir menyamai pakaian seorang pembantu rumah.
"Alang-alang baju dah macam pembantu rumah maka aku terus jadi pembantu rumah Che Ta sajalah.
"Jangan Marah ya saya lagi ngetest suami puan aja," tulis Erma sebagai kapsyen.
Dalam video itu, Erma mengidangkan minuman sambil bertutur dalam Bahasa Indonesia bersama Che Ta.
Rata-rata pengikut Erma berasa terhibur melihat gelagatnya bersama Che Ta itu.

Alang2 baju dh mcm pembantu rmh maka aku terus jd pembantu rmh Cik Ta ajalah.. Jgn marah ya puan @rozitachewan1 sy lagi ngetest suami puan aja. #goyangrapatcheta #rayalagi

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Sedikit info mengenai Erma, Kakak kepada pelakon Umie Aida ini mula bergiat di industri hiburan tempatan pada tahun 1987 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
#Che Ta #Erma Fatima
;