Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Apabila Mariah Carey Sampai Kuala Lumpur, Netizen Ajak Makan Petai Bersama Sambal Belacan

Elrafaei Sapi
14/10/2018 12:02 MYT
Media sosial hari ini agak kecoh seketika apabila penyanyi antarabangsa popular, Mariah Carey memaklumkan dia sudah tiba di Kuala Lumpur sehingga netizen teruja untuk berjumpa dengannya.

Penyanyi seksi itu memuat naik status di akaun Instagramnya, @mariahcarey hari ini dengan satu foto berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

"Selamat pagi Kuala Lumpur," katanya bersama simbol emoji 'love'.

Mariah kelihatan anggun dengan gaun berwarna hitam sambil tersenyum dalam foto tersebut.

Good morning, Kuala Lumpur! ?

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey) on


Seperti dijangka status selebriti terkenal itu mengundang pelbagai komen netizen di media sosial khususnya rakyat Malaysia yang tidak sabar bertemu dengannya secara lebih dekat.

"omgggggggg!!!!!! welcome to malaysia my divaaaaaaaaaaaaa," kata pelakon @fayekusairi.

Namun, dalam banyak komen di status itu rupanya rakyat Malaysia sebenarnya lebih teruja mahu membawa penyanyi ini merasai makanan popular di negara ini antaranya lemang, laksa dan nasi kandar.

"Selamat pagi Mariah, selamat datang ke Malaysia. Welcome to Malaysia, come enjoy our famous foods, nasi lemak, char kueh teow, laksa, roti cania etc," kata @azlan2527.

Ada juga netizen iaitu @rahimkimorley mahu penyanyi tersebut yang digelar Kak Yah dalam kalangan netizen agar mencuba petai dan sambal belacan ketika berada di negara ini.

"Hi jom makan nasi lemak sama sama," kata @kizwanie.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu popularnya seperti Always Be My Baby dan My All ini dijangka mengadakan persembahan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Oktober ini.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @mariahcarey
#Mariah Carey #Mariah Carey
;