Pelakon Nabila Huda menggabungkan wajahnya pada badan penyanyi popular Beyonce dengan menggunakan aplikasi tukar muka, Doublicat.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila berkongsi sedutan video muzik Beyonce dengan wajahnya itu untuk tatapan umum.

“BILyonce,” tulis Nabila ringkas sebagai kapsyen.

BiLyonce ?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Menerusi video berdurasi 20 saat itu, wajah Nabila kelihatan begitu mirip dengan Beyonce sehingga membuatkan ramai pengikutnya terkejut.

Biarpun video muzik itu berubah-ubah, wajah Nabila tetap masuk dengan setiap watak dan pergerakan yang dibawa oleh isteri kepada penyanyi rap Jay-Z itu.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya yang teruja melihat aksi ‘Bilyonce’ tersebut.

“Dasyat teruk ni, kombinasi yang baik,” komen isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub.

“Hahahaha feeling eh,” tulis aktor Beto Kusyairy.

“Cantik gilaaaa,” kata penyanyi Indah Ruhaila.

“Okay confused sekarang ni Nabila Huda ke Beyonce? Tak ada beza pun,” usik pelakon Fouziah Gous.

“Power, power,” puji penyampai radio Haniff Hamzah.

Sehingga kini, video ‘Bilyonce’ itu telah menerima hampir 70,000 tontonan daripada pengikutnya.