Hujung tahun ramai yang mengambil kesempatan pergi bercuti dengan keluarga dan insan tersayang termasuk penyanyi popular, Mila Jirin yang berkongsi gambar percutiannya bersama suami.

Jika kebanyakan selebriti lain memilih bercuti ke luar negara, Mila bersama suami yang juga pengurusnya mengambil keputusan pergi bercuti dalam negara saja.

Meskipun, hanya 'cuti-cuti Malaysia' Mila memilih Pulau Pinang sebagai lokasi percutian kegemaran mereka.

Malah, pasangan ini juga cukup romantis apabila Mila memuat naik status di Instagramnya, @mila_jirin dengan 'hashtag' #AlwaysHoneyMoon.

Our favorite island! Our favourite hotel..and our favourite pool ? ... ... #Forever my #LOVE #LoveYouTillJANNAH #AlwaysHoneyMoon

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on


Dalam banyak komen daripada netizen yang tumpang gembira dengan kebahagiaan pasangan selebriti itu, Mila sempat mencuit hati netizen dengan memberikan komen kepada individu yang mengaku sebagai pembeli wang lama.

Tindakan individu sedemikian yang kononnya mahu membeli wang lama daripada orang lain bukan saja menyasarkan selebriti sebagai mangsa di media sosial tapi sesiapa saja.

"Tak ada... semua dah masuk SSPN anak," komen ringkas Mila yang membuatkan netizen terhibur.

Meskipun ia hanya komen ringkas tapi netizen menganggap ia jawapan paling 'win' untuk mengajar golongan terbabit.

"hahaha.. hat ni #win sis," kata netizen @fianz84.

Netizen dikenali sebagai @aminiputeri pula mendoakan pasangan ini sihat selalu dan bahagia hingga ke jannah.

"Semoga murah rezeki mila sekeluarga," kata netizen @nursyafikamohamad.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @mila_jirin