Penulis skrip di negara ini terus berdepan dilema apabila kebanyakan daripada mereka masih menghantar kertas cadangan program penerbitan TV secara percuma kepada produser.
Senario tersebut bukan perkara baru berlaku dalam industri hiburan tempatan tetapi hakikatnya masih ramai produser yang tidak mahu mengikut syarat untuk membayar sejumlah wang kepada penulis skrip selepas menerima kertas cadangan yang diminta.
Seorang penulis skrip yang hanya mahu dikenali sebagai Dollah mengatakan situasi ini masih berlaku dan tiada perubahan meskipun segelintir penulis skrip cuba ‘berkeras’ mengenai isu bayaran.
“Biasanya produser perlu membayar antara RM150 sehingga RM200 untuk satu ‘proposal’ yang dihantar penulis skrip. Bagaimanapun tidak semua produser mahupun penulis skrip mempraktikkan sistem ini,” katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, wujud situasi di mana penulis skrip sendiri yang segan untuk meminta bayaran selepas menghantar ‘proposal’ mereka.
“Banyak faktor apabila berlaku perkara ini seperti jika dia penulis skrip baru atau apabila dia sendiri tahu penulis skrip ‘otai’ sendiri tidak minta bayaran sebelum ini jadi dia pun segan,” katanya.
Dollah mendedahkan ada segelintir produser yang memberi alasan projek penerbitan itu masih belum dapat. Justeru, tiada bayaran dapat dilakukan.
“Memang sepatutnya penulis skrip dibayar atas ‘proposal’ yang mereka hantar kerana mereka juga sudah melaksanakan kerja seperti yang diminta produser,” katanya.
Tambahnya, Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur & Selangor (PENULIS) sebelum ini bertindak aktif dalam membela nasib penulis skrip yang menjadi ahli mereka.
“Bagusnya PENULIS sendiri mengambil tindakan dengan bertemu produser dan ada kes berdepan produser yang ‘berdegil’, PENULIS sebaliknya terus berjumpa dengan pihak stesen TV,” katanya.
Katanya, ada produser yang tidak membayar penulis skrip untuk ‘proposal’ tapi cukup sekadar belanja makan.
Dollah menyeru agar pihak kerajaan lebih menandang serius isu penulis skrip ini agar sistem kerja antara dua pihak lebih adil dan tidak menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: c3a.org.sg
Elrafaei Sapi
Mon Jun 25 2018

.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah

Grammy Awards 2023: Taylor Swift Menang Muzik Video Terbaik, Tewaskan Adele, Harry Styles & BTS
Tahniah Taylor Swift