Apabila Timbalan Perdana Menteri Naik Pesawat Komersial, Pilih Hotel Biasa Untuk Tugasan Rasmi Kerajaan

Elrafaei Sapi
Julai 4, 2018 14:50 MYT
Ia kedengaran agak pelik apabila pegawai kerajaan berjawatan Timbalan Perdana Menteri pergi melakukan tugasan rasmi di luar negara tapi hanya menaiki pesawat komersial dan memilih hotel biasa.
Tindakan itu memang dilakukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melakukan lawatan kerja ke Mongolia untuk menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR) semalam.
Menerusi status beliau di Twitternya, beliau turut memaklumkan tindakannya untuk menjimatkan wang rakyat dengan memilih pesawat komersial dan menginap di bilik hotel jenis biasa.
Langkah berjimat yang diamalkan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan saja menarik perhatian netizen tapi lebih menarik, penjimatan tersebut berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM170,000.

Sebagai langkah berjimat wang rakyat, memilih untuk menaiki pesawat komersial & menginap di bilik hotel jenis biasa. Berjaya jimatkan kira kira RM170,000 wang rakyat.

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) July 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keprihatinan beliau bersama kerajaan Pakatan Harapan dalam memerintah negara termasuk melakukan penjimatan daripada pihak menteri sendiri nyata mendapat perhatian dan pujian rakyat.
Malah, sikap beliau memilih pesawat komersial untuk tugas rasmi kerajaan bukan amalan yang lazimnya dilakukan pegawai tinggi kerajaan apatah lagi untuk tugasan rasmi ke luar negara.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @drwanazizah
#Pakatan Harapan #Wan Azizah