Usahawan yang juga selebriti popular, Wak Doyok mencuit hati netizen apabila namanya turut digunakan sebagai watak seorang pengusaha kebun kelapa sawit.

Apa yang menarik perhatian khalayak, namanya itu bukan digunakan dalam filem atau drama TV sebaliknya, dijadikan 'bahan' dalam soalan peperiksaan.

Wak Doyok memuat naik satu foto bersama statusnya di akaun Twitternya yang menunjukkan namanya sebagai watak dalam salah satu soalan peperiksaan.

Dalam soalan tersebut, ia merujuk pada perbualan antara pegawai pertanian bernama Encik Iman dengan pengusaha kebun kelapa sawit iaitu Wak Doyok.
Encik Iman bertanya pada Wak Doyok mengenai hasil pengeluaran kelapa sawit sebelum dijawab Wak Doyok, hasilnya berkurangan kerana mendapati banyak haiwan perosak di kebunnya.

"Begitulah nasib si pengusaha kebun kelapa sawit macam saya ni. Hasilnya hilang entah kemana, sekali tuhan nak tunjuk, rupa-rupanya ada haiwan perosak (parasit) yang makan hasil penat lelah aku mengusahakan kebun ini. Kes ni sampai di kertas soalan peperiksaan keluar," katanya.

Status Wak Doyok itu turut mendapat 'like', 'retweet' dan komen daripada netizen di media sosial.

"Biasanya masuk newspaper tapi ni masuk exam paper hahahahahaa," kata @HusnaaAmirah.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @wakdoyok