Apabila Wanita Terindah Menjadi Milik Coffee Prince, Ini Reaksi Peminat:

Mya Amri
November 28, 2017 13:10 MYT
Hasrat peminat untuk melihat pelakon popular Fattah Amin dan Fazura berkahwin tercapai apabila pasangan itu selamat melangsungkan pernikahan semalam.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin sah bergelar isteri kepada Fattah dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.50 malam dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.
BACA: SPEKULASI TAMAT, FATTAH AMIN & FAZURA SAH BERNIKAH!
Perkahwinan tersebut ternyata mencetuskan fenomena apabila hashtag popular #FattZura mula menjadi trending di Twitter selepas beberapa jam berita itu dihebahkan.
Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya menyatakan rasa gembira dan memberikan ucapan tahniah melihat pasangan romantik itu disatukan.
Walaupun ada peminat yang terkejut dengan berita berkenaan namun mereka juga tidak dapat menyembunyikan rasa teruja serta tidak sabar untuk melihat Fattah dan Fazura diraikan dalam majlis resepsi nanti.
Peminat juga turut menyatakan rasa syukur kerana pelakon kesayangan mereka sudah memiliki Wanita Terindah dan Coffee Prince masing-masing.
Fattah dan Fazura dipertemukan menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderalla.

Tahniah Fattah Amin dan Fazura sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Baru tengok telemovie wanita terindah lakonan mereka berdua.

— amirul husni (@husnimessi10) 28 November 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@missfazura @fattahamin selamat pengantin baru wanita terindah dalam hati hero seorang Cinderella ❤ semoga kekal hingga jannah dan bahagia selalu ✨? #fattzura

— NUR ADILLA (@adylzam) 28 November 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Akhirnya hero kahwin dgn cinderella lolz jd la hero seorang cinderella ok bai

— Fátin (@fatinqylaa) 27 November 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

My tengku ian and cinderella dah kahwin betul betul dah gaiss! Their love is so real! I love them so muchhhh! Congratulations #fattzura #heroseorangcinderella ??? pic.twitter.com/mM90W3LN0A

— Dontcomecloser (@Iamgirllalalol_) 27 November 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jangan lupa saksikan MY Coffee Prince yang telah pun ditayangakan bermula 27 November (semalam) secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Terlepas menonton episod pertama MY Coffee Prince? Jangan risau, anda boleh saksikan drama tersebut menerusi On Demand. Hanya sambungkan PVR ke wifi rumah anda sekarang.
Foto: Instagram
Teks oleh: Mya Amri
#Fazura #Fazura #Amin #Fattah #MY Coffee Prince