Komposer Apak Khalifah mendedahkan dia terpaksa menolak segala tawaran nyanyian yang diterima anaknya, penyanyi Chombi untuk tempoh sebulan.

Hal ini kerana, Apak ingin memastikan kesihatan anaknya itu kembali pulih sepenuhnya susulan insiden pengsan yang terjadi pada Combi hujung minggu lalu.

“Keadaan Chombi alhamdulillah sudah semakin baik, cumanya saya terpaksa cancel semua persembahan dan program tv yang sudah diambil, terpaksa hold dulu selama sebulan, termasuklah program MeleTop.

“Itu yang terbaik untuk Chombi ketika ini, kerana kesihatan yang paling penting buat masa ini. Dia anak saya, sudah pasti saya risau dengan kesihatan dia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Apak memaklumkan anaknya itu berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba pengsan sewaktu mahu membuat persembahan pada sebuah majlis yang berlangsung di Taiping, Perak.

A post shared by APAK HARRY KHALIFAH (@harry_khalifah)

Dalam pada itu, Apak turut berkongsi cerita semula saat anaknya itu berdepan detik cemas.

Kata Apak, pelantun lagu Sayunk I Love You itu dikejarkan ke hospital akibat mengalami masalah tekanan darah rendah selain baharu sahaja pulih daripada demam.

“Sebenarnya Chombi baru baik daripada demam, baru dua atau tiga hari macam tu. Pada hari kejadian dia kata semua ok dia masih boleh buat persembahan.

“Jadi waktu dia sedang berjalan nak naik pentas, lampu pentas menghala ke mata dia, kemudian rasa macam dah nak tumbang, tapi katanya masih ok boleh jalan. Selangkah dua nak sampai pentas, matanya terus gelap dan terus tumbang.

“Mujur waktu itu ada seorang jururawat bantu dekat tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital. Tiba di hospital doktor periksa bacaan darah Chombi rendah, drop teruk-teruk.

“Lepas diperiksa di hospital, Chombi pun dah nampak ok terus kami balik rumah dan sambung berehat sahaja di rumah,” tambahnya.

A post shared by @sitimaryam_chombi

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!