“Apakah Status Agamanya Sekarang” - PU Syed Dedah Isu Perkahwinan Lesbian Babitkan Wanita Islam?

Hanafis Haris
September 29, 2021 14:04 MYT

Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri sekali lagi membuat pendedahan mengejut dan kali ini ia berkaitan satu perkahwinan lesbian dipercayai membabitkan wanita Melayu.

Isu tersebut bermula apabila ada pengikut Instagramnya berkongsi kisah mengenai perkahwinan didakwa daripada hubungan sejenis yang berlaku di luar negara.

“Maaf ustaz, tiada tindakan ke atas perkahwinan lesbian luar negara?” tulis individu berkenaan.

Membalas persoalan itu, PU Syed akui dia terkejut apabila mengetahui kewujudan situasi sebegitu.

“Terkejut bila membaca isu ini apabila dipercayai seorang wanita Melayu Islam boleh berkahwin dengan wanita Inggeris.

“Persoalan yang timbul, apakah status agamanya sekarang,” katanya.

Jelasnya, status perkahwinan pasangan tersebut tidak perlu dipersoal kerana sudah ternyata haram di sisi agama Islam.

“Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) teliti isu ini dan kena selidik apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

“LGBT ini semakin membarah dalam masyarakat,” katanya.

Sekadar info, sebelum tercetusnya isu perkahwinan lesbian, PU Syed juga pernah mendedahkan kewujudan sebuah blog yang secara terbuka bercerita mengenai pengalaman meninggalkan agama Islam.

Menerusi perkongsian di Instagram PU Syed itu, blogger tersebut menyatakan dia adalah seorang bekas muslim sekitar tahun 2013.

Menurut blogger itu lagi, dia mahu memberi kesedaran bahawa Islam itu hanyalah rekaan sekumpulan manusia.

BACA: Munculnya Blog Murtad Bangga Keluar Islam, PU Syed Mahu Tindakan Tegas Diambil Sebelum…

#Viral #Islam #Lesbian #PUSyed