“Apakah Wajar Memperlihatkan Kegembiraan Dikala…”- Hanya Pakai Baju Raya Lama, Khir Rahman Kenang Nasib Penduduk Palestin
Syafiqah Jalal
25/05/2021 01:40 MYT
25/05/2021 01:40 MYT
Pelakon dan pelawak, Khir Rahman merasakan tidak wajar untuknya memperlihatkan kegembiraan di kala rakyat Palestin sedang menjadi mangsa serangan rejim Zionis Israel.
Namun Khir berkata dia tetap mengabadikan fotonya bersama keluarga di Syawal ke-10 secara bersedehana untuk kenangan mereka.
“Pada waktu saya up gambar ni ..hati masih tertanya-tanya, apakah wajar saya memperlihatkan kegembiraan dikala saudara seagama sedang diduga dgn peluru-peluru Israel?
“Izinkan yang satu ini ..untuk saya abadikan di sini. Selain dari untuk anak-anak, saya bersama isteri hanya mengenakan pakaian yang lepas-lepas ..serba sederhana ..seadanya ..Alhamdulillah,” katanya.
Khir berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Selain itu, Khir memberitahu bagi menghormati apa yang berlaku di Palestin, dia juga sudah mula segan untuk berkongsi foto atau video berunsur lawak jenaka.
“Buat yang selalu mengikuti IG story saya ..kalian tentu perasan ..bahawa buat masa ini saya berasa segan untuk kongsi gambar atau video yang lawak-lawak..macam tak kena masa rasanya.
“Alhamdulillah.. mari kita sama-sama belajar untuk menyambut apa saja dalam kesyukuran
“Kita rajinkan solat, selalu baca Quran, perbetulkan amalan-amalan ..bersihkan akal dan hati .upaya doa kita diterima,” katanya lagi.