Jika sebelum ini negeri Perlis dan Terengganu pernah melakar sejarah apabila meraih perhatian jenama teknologi terkenal Apple, kini tiba giliran Sabak Bernam, Selangor.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), seorang anak muda Muhammad Faris Danial memuat naik foto suasana hening sawah padi di Sabak Bernam untuk tatapan umum.

“You could hear the wind blow through this paddy field. It was relaxing to hear the birds chirping and frogs croaking, an entirely different environment than I'm used to in the city." #ShotoniPhone by Muhammad F. @farisofar

A post shared by apple (@apple) on


Menggunakan tanda pagar #shotoniPhone, keindahan sawah padi tersebut dipilih oleh pihak Apple untuk dipaparkan di laman IG rasmi mereka.

Di ruangan komen, ramai wargamaya serata dunia yang memuji keindahan sawah padi di Sabak Bernam yang dirakamkan oleh Faris.

“Wow, boleh rasa goosebump,” kata seorang wargamaya.

“Bayang-bayang kehidupan, nice,” puji seorang wargamaya.

“Nampak sangat cantik,” komen seorang wargamaya

“Nice, Malaysia,” tulis seorang wargamaya lagi.



Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 215,000 tanda suka daripada warga IG.

Apple pula setakat ini telah mengumpul seramai 23.9 juta pengikut seluruh dunia.