Kata Sherry, majlis tersebut terlalu istimewa dan dia berasa berbesar hati kerana dapat menyambut bersama kanak-kanak autism.
Sherry juga hadir dengan memakai baju berwarna putih dan juga berseluar biru sebagai tanda sokongan terhadap Autism.
Menerusi foto-foto yang dikongsi, wajah Sherry kelihatan begitu gembira apabila dapat berinteraksi bersama kanak-kanak istimewa itu.
“Anak-anak syurga ni belajar untuk menggali potensi diri untuk masa hadapan mereka sendiri and lets support them to make it happen,” tulisnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis berkenaan:
Foto: Instagram @sherryibrahim
Teks oleh: Mya Amri