HIBURAN
Ara Johari Cemas, Ular Sawa Batik Buat Cubaan ‘Tumpang’ Masuk Kereta - “Terima Kasih Abang Bomba, Walaupun Tengah Nak Sahur…”
Penyanyi, Ara Johari berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa dipercayai cuba untuk memasuki kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya ketika dalam perjalanan pulang dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Kejadian tersebut berlaku pada pada jam 4 pagi Isnin.
Cemas dan terus hubungi bomba
Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok pada Selasa jelas kelihatan ular tersebut cuba menyelinap masuk ke dalam enjin Honda HRV miliknya.
Malah Ara juga dilihat sedang berada dalam keadaan cemas ketika menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular sawa batik berkenaan.
undefined