Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ara Johari Jawab Isu Pakai Tudung Di Bulan Ramadan Untuk Hormati Majlis - “Doakan Yang Baik-Baik”

Izwan Isa
02/04/2024 09:55 MYT
Penyanyi Ara Johari mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai berhubung dirinya yang memilih untuk mengenakan tudung untuk menghadiri sesetengah acara sempena bulan Ramadan.

Ara berkata, dia kini masih dalam proses mencuba untuk mengenakan hijab dan berharap agar peminat melihat hal ini dari sudut lebih positif.

Hormati majlis

“Jujurnya saya masih lagi mencuba. Ketika saya cakap tu (ingin mengenakan tudung), saya memakai tudung bagi menghormati majlis.

“Kita doakan yang baik-baik untuk saya. Mungkin saya diberi hidayah untuk meneruskan (pakai tudung) insya-Allah,” katanya kepada Gempak.

Ara mengulas mengenai kritikan netizen yang menganggap dirinya tidak menepati janji seperti apa yang telah disuarakan.

Baca kritikan

Menurut Ara, dia ada membaca kritikan, komen dan teguran yang diberikan oleh netizen mahupun peminat. Namun, dia memandang hal tersebut sebagai satu perkara yang positif.

“Saya memandang perkara itu dari sudut positif. Kata-kata mereka itu merupakan doa untuk saya.

“Lagi banyak orang mendoakan saya pakai tudung, lagi cepat hidayah itu. Saya masih mencuba. Insya-Allah suatu hari nanti. Doakan,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikhlas Berhijab, Norreen Tak Cuba Guna Agama Untuk Dapat Perhatian - “Saya Tahu Kenapa Saya Nak Berubah”

ARTIKEL BERKAITAN: Suruh Teman Wanita Pakai Tudung Ingat Sebab Nak Jaga Aurat, Tapi Rupa-Rupanya…

#Tudung #Hijab #Ara Johari #Bulan Ramadan #Hormati Majlis
;