Penyanyi Ara Johari mengatakan dia mahu menjadi pelapis Ella dalam industri hiburan tempatan.

Namun begitu, menurut Ara, dia tidak mahu meniru Ratu Rock tersebut sebaliknya hanya mencontohinya sahaja.

"Saya mahu jadi pelapis Ella, saya mencontohinya kerana dia juga menyanyikan lagu genre rock seperti saya, saya hanya mahu jadi pelapis sahaja dan bukan meniru," ujarnya.

Perkara itu dikongsi Ara secara eksklusif menerusi Gempak TV yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) malam ini.

Selain itu, Ara turut berkongsi perkembangan terbaru tentang single terbarunya iaitu Racun Hati.



Dalam pada itu, Ara turut membuat persembahan akustik lagu Racun Hati di pengakhiran program tersebut.

Bagi mengetahui lebih lanjut, jangan lupa saksikan Gempak TV yang diacarakan oleh Isha Norsham dan Daniel O'Niel pada jam 11 malam ini.

Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com